Sun La' Dolce Hana: September 2013

Sunday, September 29, 2013

My Wedding~~ Majlis Bertandang

Assalamualaikum~~Episode ke-3 pulak - Majlis Bertandang 15/09/2013

Lokasi: Kampung Lubok Labi, Mukim Padang Terap Kanan, 06300 Kuala Nerang Kedah

Tema: Dusty Pink + Baby Green

Panggilan tetamu di sebelah pihak lelaki lagi banyak dari pihak perempuan so tetamu mmng agak ramai. Terima kasih kepada yg datang.

Walaupun letih yg belum hilang tuk majilis resepi ditopup pulak tuk majlis bertandang aku cuba kuatkan diri. Abis ja majlis abis jer photoshoot outdoor aku down terus sbb letih sgt so masuk bilik tidur jap hehehe nak reload balik bateri dlm badan ni.

Disebabkan energy yang low bila dah ptg, kami amik keputusan shoot outdoor dkt2 ngan rumah jer, x larat dah nk pi jauh2..Lokasi mmg dekat giler blakang umah jer, pinjam kebun getah tok sat amik gambaq... Tapi pic ttp superb tau sebab photograher tip top nya...

Busana pengantin yang dipakai time Majlis Bertandang adalah design sendiri so baju baru lh...Bagi design kat butik depa jahit ikut design kita... Design baju tu aku inspired dari design baju kawen Amoi Heaxa..Hampir sama tapi x serupa tau...inspired ja...

Ni baju kawen Amoi Heaxa

Ni baju kawen kami hehehe
Alhamdulillah kedua2 majlis berjalan dengan lancar dengan kesihatan yang baik walaupun agak letih sebab majlis berlangsung dua hari berturut-turut.

Lanaa Shawl : Qamraa Boutique
Bunga Tangan: Butik punya



post signature

Saturday, September 28, 2013

My Wedding Part 2~~~Resepsi

Assalamulaikum jom ke episode ke-2 wedding kami.....

Majlis Resepsi 14/09/2013

Majlis bertempat teratak bonda dan ayahanda aku di Kampung Pong, Mk Padang Terap Kiri , 06300 Kuala Nerang Kedah.

Tema majils resepsi blue turqoise + grey silver.

Walaupun kedatangan tetamu diluar jangkaan sampai stuck makanan x sempat nak restock makanan sebab tetamu agak ramai time peak hour. Maklumlah tarikh ni x dak kenduri kat mana2 sbb tu org agak ramai.

 Kami x pakai katering sbb kampung ada pakatan so gotong-royong masak...mengeratkan lagi siratulrahim x gitew... Terima kasih org2 kampung.

Pasai makeup dan baju pulak kami memang amik pakej lengkap dari C'derella Wedding Creations termasuk pelamin dan hiasan bilik tidur untuk kedua-dua belah majlis + majlis akad nikah dulu + bekas hantaran. Untuk set meja santapan pengantin kami sewa kt tempat lain.. Aku amik pakej kat kg aku ja...murah lagi taw..
Senang x pyh pikir byk2.

Kali kami x wat cool dah pengantin drive sendiri, this time dah ada driver, baru leh berlagak mcm raja sehari kan....

Ni gambaq sekitar majlis resepsi...



Pakej Perkahwinan : C'derella Wedding Creations, Jitra
Shawl : Halmoon plain dari Radiusite (actually dah pakai time tunang dulu dan ada wat beading tapi dah buang..yang merngelip batu kat depan tu butik yang letak pakai pin...ada jugak yang jual dah dijahit terus dekat shawl.
Bunga tangan: Handmade
Photographer : Photobsess (dari bertunang sampai kawen servis depa memang tiptop! yang nak tempah servis depa sila tempah awai2 yer sebab ramai customer tau dah cop tarikh)
Lokasi Outdoor: Taman Rimba, Alor Setar






post signature

Friday, September 27, 2013

My Wedding Part 1~~Akad Nikah

Assalamulaikum, seperti biasa mintak maaf sebab lama x mengupdate blog sbb busy kalahkan menteri...heheheh

Selalu duk update pasal wedding org ja kan...meh nak update wedding diri sendiri pulok....
Actually kami dah akad nikah awal sebulan iaitu pada raya ke-6 Hari Raya Puasa lps...bertarikh 13/8/2013
Majlis akad nikah simple2 je mood raya lg katakan.... Akad nikah dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Nyior pada pkl 3 ptg dimana aku telah sah menjadi seorang isteri kepada Mohd Noor Izwan dengan sekali lafaz sahaja...
Ada wat kenduri cikit tapi dkt rumah lah yer...Menu Mee Rebus Kak Ba...hehehehe mee rebus resepi mak aku mmng terbaik...tapi mcm biasa setipa kali kenduri org yg diraikan x dapat nk mkn byk2 sebab dah nk habis.... sadesss jgk tapi x pa dpt mkn jgk.

Dengaq jgn x dengaq bang
Saat cincin disarungkan
Sepupu dan mak2 menakan tq hias bilik cantik2
Pikir apa pun aku x tau..hehehe

Tudung yang x brp nak jadi membuat muka nampak bujur..bunga tangan yang comel tu wat sendiri tau..
Walaupun agak sedikit kelam kabut sebab pergi kat butik baju fitting x betul so kena alter dulu untuk laki dan perempuan jadi  kami agak lama di butik dan perjalanan pulang agak terlambat. Kami ni Pengantin paling cool sbb time nk p makeup kat butik drive sendiri ok. Perjalanan agk jauh dari Kuala Nerang ke Jitra amik masa lebih kurang 1 jam jgk...
Disebabkan masa x mengizinkan kami terus shoot ke masjid sbb jam dah hampir pkl 3ptg..

Walaupun ada masalah yang x dpt dielakkan, alhamdulillah majlis selesai dengan sempurna. Ribuan terima kasih kpd yang banyak membantu ketika majlis ni berlangsung.

Busana Pengantin Lelaki dan Perempuan: Cinderella Wedding Creations, Jitra
Bunga Tangan : Handmade sendiri jimat kos, Material: Felt
Shawl : Elya Shazleen


post signature