Sun La' Dolce Hana: July 2013

Wednesday, July 17, 2013

JOM BELI : Krunchy Karamel Almond by Definah Delights

Salam Ramadhan....
Mai nak introduce kudapan yang tengah HOT kat pasaran sekarang...Hot jugak jualan Kak Long tau...hehehe

Krunchy Karamel Almond merupakan produk keluaran dari Definah Delight..
Dengan trademark Sekali Ngap Habis Sebalang sememangnya habis sebalang bila aku buka makan. Haiisssh kang x sempat aku jual....

Kandungan utama bahan KKA ni adalah almond, biji bijan, biji bunga matahari dan gula. Memang SEDAP nak habaq hang... Ranggup dan manis..

Hana jugak merupakan Rakan Niaga Krunchy Karamel Almond ni...Nak cari duit lebih nak kawen dah kan... Alhamduillah sambutan memang menggalakkan...

Meh kita tgk rupa Krunchy Karamel Almond nih...

Terliuq x hampa tengok

Bahan-bahan utama


KKA jugak banyak khasiat bukan sekadar kudapan ja.

Jom order untuk RAYA cepat2 tau sat g habis pulak..

Yang berminat untuk dapatkan KKA anda boleh layari FB Krunchy Karamel Almond Utara
Terdapat senarai ejen-ejen yang berdekatan dengan anda seluruh Malaysia..Sebab penghantaran adalah secara COD untuk menjaga kualiti.

Bagi Warga Penang, Kedah & Perlis yang ingin dapatkan KKA boleh contact Hana secara:-
PM page Krunchy Karamel Almond Utara atau;
SMS/Wassup/Line : 012-4665421

Harga: RM 25/ balang
Berat : 200 gm

p/s: Boleh contact hana untuk dapatkan harga borong.


post signature

Monday, July 8, 2013

RESEPI: Muffin Nutella

Resepi ini sangat mudah dan hanya menggunakan 3 bahan sajer ok diulang 3 bahan sahaja...

Bahan-bahan:
1 biji telur
1/2 cawan Nutella
5 sudu besar tepung serbaguna (all-purpose flour) /tepung naik sendiri (self-raising flour)

Caranya:
  • Gaul telur dengan Nutella guna stand mixer sampai sebati. Aku x der so aku guna tradisional punya hand mixer. Gaul lah sampai lenguh tangan biar sebati
  • Pastu, masukkan 5 sudu besar tepung, aku guna self-rising flour. Gaul sampai sebati yer.
  • Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. (Aku x der oven aku pakai pemanggang ajaib jer)
  • Sudukan 3/4 adunan ke dalam acuan muffin
  • Bakar di dalam oven selama lebih kurang 20 minit.(Disebabkan aku guna pemanggang ajaib, bakar dengan api kecil sahaja angggaran 10-15 minit)...
    Boleh juga dipastikan masak apabila dicucuk bilah lidi di tengah muffin dan lidi kekal bersih apabila ditarik keluar.
  • Adunan menghasilkan lebih kurang 20 biji muffin bersaiz kecil molek
Ni gambar2 nya...

Bahan-bahannyer..guna segijik telur ja...

Gaul lah sampai sebati

Selamat mencuba~~~



post signature