Bahan-bahan:
1 biji telur
1/2 cawan Nutella
5 sudu besar tepung serbaguna (all-purpose flour) /tepung naik sendiri (self-raising flour)
Caranya:
- Gaul telur dengan Nutella guna stand mixer sampai sebati. Aku x der so aku guna tradisional punya hand mixer. Gaul lah sampai lenguh tangan biar sebati
- Pastu, masukkan 5 sudu besar tepung, aku guna self-rising flour. Gaul sampai sebati yer.
- Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. (Aku x der oven aku pakai pemanggang ajaib jer)
- Sudukan 3/4 adunan ke dalam acuan muffin
- Bakar di dalam oven selama lebih kurang 20 minit.(Disebabkan aku guna pemanggang ajaib, bakar dengan api kecil sahaja angggaran 10-15 minit)...
Boleh juga dipastikan masak apabila dicucuk bilah lidi di tengah muffin dan lidi kekal bersih apabila ditarik keluar. - Adunan menghasilkan lebih kurang 20 biji muffin bersaiz kecil molek
![]() | |
Bahan-bahannyer..guna segijik telur ja... |
![]() |
Gaul lah sampai sebati |
Selamat mencuba~~~

No comments:
Post a Comment