Sun La' Dolce Hana: Bunting Pelamin

Wednesday, October 2, 2013

Bunting Pelamin

Assalamualaikum,

Bunting pelamin? Apa tu? Bunting pelamin ni dikira bila kita kahwin & "bersama" terus je lekat.. tanpa melalui lagi sekali proses datang haid.

Anda msih ingat lagi kes Fasha Sandha bunting pelamin, kes itu juga dah terjadi kat aku gara2 akad nikah sebulan baru bersanding keh keh keh.....

3 minggu after akad nikah Aku x dak lah loya ke pening2 tahap cipan ke time suspect pregnant tu cuma rasa letih tahap maksimum ja padahal x wat apa lah sgt pun. Kerana excited nk tau pregnant ke x aku pun beli pregnancy test kit dan test kat rumah jer...excited tengok kat pregnancy test tu naik double line tp line kedua still kabur. Kerana sifat keibuan yg tinggi selang beberapa hari aku wat another test lg untuk kompemkan lagi... kali ni line yang appear agak terang cikit dari sebelumnya...wahh sungguh gembiranya alhamdulillah ke atas kurniaan yg amat ternilai ini.

Macam mana bunting pelamin ini boleh terjadi meh cini nak explainkan?
1st day period untuk period terakhir: 5/08/2013
Akad Nikah : 13/08/2013
Tarikh subur mengikut kitaran haid anda adalah:- (TAKE NOTE)

28 hari ~ maka 28-14 = hari ke 14 adalah hari subur

30 hari ~ maka 30-14 = hari ke 16 adalah hari subur

35 hari ~ maka 35-14 = hari ke 21 adalah hari subur






Disebabkan waktu yg tidak mengizinkan di atas kesibukkan membuat preparation tuk majlis kenduri kami suami isteri amik keputusan pergi jumpa doktor after semua majlis selesai.

Setelah hampir seminggu lebih berada di kampung setelah selesainya kedua-dua majlis resepsi dan bertandang kami bercadang pulau awal sedikit ke Penang. Nak kemas2 rumah lah konon. Aku pun pujuk lah en.somi p klinik keeseokkan harinya 21/09/2013. Setelah buat review kat internet dan baca2 blog org lain, byk yang ckp servis di Klinik Pakar Wanita Tan area Bukit Jambul terbaik. So pagi kami p ke klinik tersebut wow ramainya org even private kliinik. Lepas wat registration staff kat kaunter ckp datanglah lg sejam p makan2 lu sebab ramai org. Kami pun p cari bekpes lu tp langkah kanan nmpak member kat kedai nasi lmk kakak dia. Dapat mkn free hehehe rezeki anak. 

Selepas sejam pegi balik kat klinik patient still ramai, lebih kurang hampir sejam baru nama dipanggil. Akhirnya dapat jgk jumpa doktor, doktor kat situ lelaki tau even awai kita nk register diorg dah inform awal2. Disebabkan dah wat pregnancy test doktor terus scan je. Alhamdulillah baby dah besar 6mm masih kecil tapi saat dapat dengar heartbeat si permata kecil kami merupakan saat paling indah.

Doktor cakap kandungan pada tarikh 21/09/2013 dah masuk 6 minggu 4 hari sekarang dah hampir lapan minggu dah. Tapi jangan konpius yer awat kawen baru sebulan lebih dah 6 minggu peknen. Sebabnya pengiraan usia kandungan kita dari hari pertama kita datang period untuk period terakhir kita. So kawen ke x kawen lagi time tu ttp akan dikira yer...

Alhamdulillah even sibuk prepare dan ada jgk angkat benda berat sebelum kenduri dulu, baby still kuat dalam pewut dan x dak morning sickness yg teruk sampai ari ni, rasa mcm x mengandung pun ada hehehe. Next check-up lak pada 12/10/2013...x sabar nak tau perkembangan baby...



post signature

No comments:

Post a Comment